Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ
1. Apa yang boleh saya adu kepada SPP? 
Semua aduan yang berkaitan dengan SPP  yang merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib
 
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan? 
Tiada. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain? 
Boleh, dengan izin pengadu. 
 
4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi? 
Boleh, sekiranya aduan telah melibatkan kepentingan awam dan maklumat yang mencukupi diterima untuk membolehkan siasatan dilakukan. 
 
5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh SPP? 
SPP sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran menerima aduan berdasarkan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :

Melantik
Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.

Mengesahkan
Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.

Memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen
Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.

Menaikkan Pangkat
Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.

Menukarkan
Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.

Menjalankan kawalan tatatertib
Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.


6. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada SPP? 
Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:
- Butiran Peribadi Pengadu
- Maklumat Perhubungan Pengadu; dan
- Pertanyaan/Aduan Pengadu

9. Apa berlaku kepada aduan saya? 
a. No. kes akan dijana oleh sistem sebaik sahaja aduan/pertanyaan dilengkapkan.
b. SPP akan menghantar Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu. 
c. Siasatan akan dijalankan.
d. SPP akan maklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu. 

10. Berapa lama SPP membuat siasatan? 
 Standard Operating Procedures (SOP) SPP, menetapkan bahawa setiap pertanyaan yang dikemukakan mesti diselesaikan dalam tempoh 5 hari bekerja.
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader